Seni silat perlu diwarisi dan dipelajari oleh orang ramai.
Seni Silat Warisan di tubuhkan sesuai dengan Perkataan Saidina Umar yang berbunyi "Ajarlah anak-anak kamu memanah dan menunggang kuda.”
Di dalam Surah Al Anfal ayat 60 turut menyebut:
“Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya dan Allah mengetahuinya dan apa sahaja yang kamu belanjakan ke jalan Allah akan disempurnakan balasan kepada kamu.”
Seni Silat Warisan cuma boleh di pelajari yang beragama Islam sahaja. Matlamat Seni Silat Warisan adalah untuk mempertahankan Agama,Bangsa Dan Tanah Air.Amalan silat ini hanyalah semata-mata satu latihan jasmani yang menjurus kepada aktiviti sukan dan kemahiran mempertahankan diri, yang semuanya itu tidak bertentangan dengan syarak.
Keris Sari Pembawa Azimat,
Tegap Jebat Kerana Semangat,
Langkah Tuah Menyatukan Rakyat,
Lambang Pusaka Warisan Seni Silat,
Indahnya Bunga Pucuk Kiambang ,
Kuatnya Harimau Memijak Kumbang,
Hidup Manusia Sentiasa Menyumbang,
Bukan Pemusnah Si Langkah Sumbang
Falsafah Pendekar:
“Gerak engkau gerak aku, mula engkau aku tiba, langkah engkau gayang aku, serangan kau makanan aku.”
No comments:
Post a Comment