Friday, August 20, 2010

ASAL USUL SILAT (Nor Azima Ahmad, 197550)


Sejarah seni silat
perkataan silat  berasal daripada perkataan silek dari bahasa Minangkabau. Silek adalah salah satu komponen untuk menyembahkan tarian rakyat randai Minangkabau bersampingan bakaba (pereka cerita) dan saluang jo dendang (lagu-dan-seruling).

Negara
Istilah
Malaysia
Seni silat,seni bela diri @ pencak silat
Sumatera
Silek
Jawa dan Indonesia
Pencak silat
Versi Cina
Kuntao
Jawa Barat
Penca dan Maempok
Bugis dan Sulawesi
Memencak
Mindanau
Basilat
 Bukti penemuan tinggalan sejarah yang terdapat di Candi Borobodur dan Candi Prambanan di Jawa telah membuktikan bahawa  seni mempertahankan diri ini  wujud di kawasan kepulauan Melayu pada abad ke-8 Masihi.
Kepulauan Riau >>> Minangkabau,Sumatera >>> Semenanjung Tanah Melayu (Melaka)
Dalam zaman Kesultanan Melayu Melaka, hanya golongan yang rapat dengan istana sahaja diberikan peluang untuk mempelajari silat. Seni silat ini akhirnya sampai ke pengetahuan rakyat jelata dan seterusnya menjadi suatu kesenian desa. Laksamana Hang Tuah (Bapa Persilatan Melayu) dikatakan mempelajari seni silat daripada Sang Adi Putera di Gunung Ledang dan Sang Persanta Nala di Pulau Jawa (Majapahit).

No comments:

Post a Comment