SILAT PENGANTIN
Secara umumnya,Silat pengantin adalah budaya yang ditemui dalam kepulauan Melayu terutamanya di Malaysia, Singapura, Brunei, Riau dan sebahagian Sumatera.Biasanya ritual ini hanya dilakukan oleh kaum lelaki untuk menyambut ketibaan pihak pengantin lelaki di rumah pengantin perempuan atau bagi pasangan pengantin ketika mereka tiba di perkarangan rumah.Walaupun cara penyampaian yang berbeza mengikut tempat tetapi warisan dan tradisinya masih dikekalkan.
cara penyampaian seperti:
* Salam hormat (Menghormati sultan@pengantin )
* Merestui Mempelai (pasangan Berkahwin)
* Perlindungan Mempelai (Perlindungan untuk pasangan)
* Mencabar Sekeliling (mempamerkan kehebatan untuk orang di sekitar )
langkah silat yang harus diambil dan diamalkan adalah:
* Semua gerakan harus anggun dan tiada berunsur kekejaman sehingga merosakkan istiadat
* Tidak boleh ada gerakan di mana berulang dipaparkan untuk pasangan pengantin.
* Kaki tidak harus diangkat terlalu tinggi.
* Tidak ada senjata harus digunakan ketika persembahan.
* Selama persembahan pesilat tidak boleh berkata-kata.
*setiap persembahan haruslah dilaksanakan dalam jumlah pesilat dalam bilangan ganjil
No comments:
Post a Comment