Peringkat Dan Pakaian
Peringkat Panglima Hitam adalah di khaskan untuk ahli perguruan yang berumur 18 tahun ke bawah sahaja.Ini adalah peringkat kedua bagi penuntut yang mempelajari ilmu Seni Silat Warisan.Pakaian bagi peringkat Panglima Hitam Seni Silat Warisan ialah berbaju hitam dan berseluar hitam serta tengkolok kuning dan Bengkung Kuning Emas.Panglima Hitam juga adalah pesilat yang telah 3 bulan mempelajari Seni Silat Warisan dan juga sebagai ahli muda persatuan.Mereka mampu melakukan pelbagai pertunjukan silat merangkumi seni mempertahankan diri dan aksi lincah dan tangkas yang lain.
Jangka masa mempelajari peringkat ini adalah selam 3 bulan dari tarikh mula mendaftarkan diri di peringkat ini.
Pelajaran peringkat Panglima Hitam:
Seni mempertahankan diri dengan mengunakan gabung pergerakan seperti sikuan,tendangan dan pukulan serta elakkan sambil membuat serangan balas kearah lawan.
No comments:
Post a Comment