Thursday, August 19, 2010

PESAKA (Intan Nurul Afiqah Abdul Malik)

PESAKA


Pada tahun 1978 Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia ketika itu berusaha untuk mewujudkan satu badan atau gabungan peringkat negara yang boleh membangunkan silat secara lebih berkesan, maka wujudlah Majlis Seni Silat Malaysia (1983). Kemudiannya ditukar kepada nama baru iaitu Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia atau Pesaka Malaysia, dan lulus pendaftarannya pada 1986. Pesaka malaysia telah dianggotai oleh empat anggota bertaraf badan pendiri Pesaka Malaysia iaitu Seni Gayung Fatani Malaysia, Silat Seni Gayong Malaysia, Silat Lincah Malaysia dan SIlat Cekak Malaysia. Lain-lain perguruan silat menjadi anggota PESAKA Negeri yang diwujudkan di setiap negeri di Malaysia. bermakna seluruh silat telah bersatu di bawah Pesaka Malaysia.



Pada hari penubuhan PESAKA, wakil-wakil dari 10 badan silat peringkat Negeri dan 4 badan silat peringkat Kebangsaan telah menghadiri upacara bersejarah ini. Kesemua badan silat ini telah memungkinkan kewujudan PESAKA hingga kini.

Badan-badan silat peringkat Negeri dan Kebangsaan yang berkenaan adalah seperti berikut :

Peringkat Negeri

11. Perlis

12. Pulau Pinang

13. Perak

14. Pahang

15. Wilayah Persekutuan

16. Kedah

17. Johor

18. Melaka

19. Kelantan

20. Sarawak

Peringkat Kebangsaan (Badan Pendiri)

5. Silat Cekak Malaysia

6. Silat Gayong Fatani

7. Silat Lincah Malaysia

8. Silat Gayong Malaysia

No comments:

Post a Comment